Naughty Boy with Simple Life
Naughty Boy with Simple Life

Assalamualaikum Selamat Datang ke Dunia Cyber Saya












blogskinby:SchaaAlHassan
editby: Muzaffar Marrudzuki
Aduhai Cinta Ep.3
Scene 1

"Akir, kenapa ni? Dari sekolah tadi sampai sekarang asyik moody saja?" Syauqie menepuk bahu Syakir dari belakang.

"Aku okay saja. Kenapa ?? Muka aku ada tertulis yang aku ni ada masalah ke?" Syakir menjawab dalam nada yang garang sambil mengigit ibu jarinya.

"Memang nampak jelas sangat yang kau ni ada masalah. Cubalah kongsi sama teman mu ini wahai abang Akir." Syauqie mengeyitkan matanya ke arah Syakir.

"Jauhkan muka jijik kau tu darj muka aku, muka kau tu kalau tunjuk depan orang sakit jantung boleh arwah orang tu sebab terkejut tengok muka kau tu."Syakir menolak muka Syauqie dari pandangannya.

"Eley, cemburulah tu aku lagi kacak dari kau." Syauqie menjelirkan lidahnya sambil membuat mimik muka yang lucu.

"Tak ada masa nak cemburu. Aku sebenarnya asyik terfikirkan si Adah tu." Syakir mengigit ibu jarinya.

"Kenapa kau... Jangan cakap dengan aku yang kau suka dekat dia."Syauqie membuat mimik muka terkejut.

"Tak payah buat muka hodoh tu lagi. Nanti ada juga yang makan kaki aku. Aku tak tahulah tapi suara Adah asyik bermain saja dalam minda aku ni. Haishh.." Syakir menggaru kepalanya.

"Itu maknanya..." Syauqie merenung tepat ke arah Syakir.

"Maknanya apa? Aku syok dekat dia? Mengarut, minah tu selalu saja buat aku sakit hati okay." Syakir membaling batu ke arah Syauqie.

         Sedang mereka rancak berbual tiba-tiba Syauqie terlihat Adah sedang berjoging bersama Zatie di taman berdekatan mereka.

"Akir... Akir..Itu Adah dengan Zatie kan?" Syauqie menepuk bahu Syakir berulang kali.

"Mana?" Tiba-tiba Syakir menggelabah tanpa sebab.

"Yang kau ni dah kenapa? Menggelabah tak tentu pasal." Syauqie menepuk bahu Syakir.

"Ma..mana ada, ada-ada saja kau ni Aqie." Muka Syakir berubah menjadi kemerah-merahan.

"Err.. Dah jom ikut aku pergi tegur mereka." Syauqie menarik Syakir bangun dari tempat duduk.


::To Be Continued::
Aduhai Cinta Ep. 1
Chapter 1

Scene 1
"Syakir... Syakir.... Syakir.." Puan Mazlin menjerit-jerit memanggil nama anak lelakinya Syakir tetapi Syakir lansung tidak bergerak walau seinci dari katilnya itu.

"Ya Allah, bangunlah anak bertuah, kamu tu sekolah hari ni. Itulah, ibu dah cakap jangan tengok cerita mengarut kamu tu sampai lewat malam tapi kamu ni lagi ditegur selagi itulah kamu buat" Puan Mazlin membebel dan menepuk badan Syakir .

"Ibu, Syakir nak minta MC 1 hari boleh tak?" Syakir menggaru punggungnya lalu menyelimutkan dirinya semula.

"Ahmad Aiman Syakir Bin Syariffudin, kalau kamu tak bangun ibu akan pecahkan mug yang kamu dapat masa karnival hari tu." Puan Mazlin terus mencapai mug Naruto kesayangan Syakir lalu mengacah untuk membalingnya ke lantai.

"Ibu, semua benda boleh settle. Kenapa ibu menyiksa Syakir macam ni ibu?" Syakir cuba menenangkan ibunya itu.

"Tahu kamu takut, sekarang dalam masa 10 minit ibu nak kamu siap sedia untuk pergi sekolah." Dengan senyuman yang lebar Puan Mazlin keluar dari bilik Syakir sambil memegang mug kesayangan Syakir .

"Bencana sungguh" Syakir menggelengkan kepalanya lalu merebahkan badannya semula.

"Syakir, 9 minit atau pecah." Puan Mazlin menjerit mengugut Syakir.

Syakir dengan pantasnya terus mencapai tuala Fullmetal Alchemist kesayangannya lalu bergegas masuk kedalam bilik air. Sesudah dia membasahkan rambutnya dia terus mencapai lalu memakai baju dan vestnya itu. Dia menggayakan rambutnya seperti Usui Takumi dalam cerita Kaichou wa Maid Sama.Selepas siap bergaya Syakir terus turun ke ruang tamu untuk bersarapan.

"Kacaknya anak ibu hari ni." Puan Mazlin membetulkan kolar baju anaknya itu.

"Ibu baru tahu ke yang Syakir ni kacak? Kesiannya ibu hahaha...." Syakir menggelengkan kepalanya lalu menyumbat sepotong roti ke dalam mulutnya.

" Hurm, kamu jangan kemana-mana lepas balik sekolah." Puan Mazlin merenung ke arah Syakir.

"Iye, lagipun hari ni hari ulangtahun kematian arwah ayah."Syakir terus menyumbat roti ke dalam mulutnya itu tanpa henti sambil diperhatikan Puan Mazlin.

"Kamu tu janganlah gelojoh sangat, ibu belum makan lagi ni" Puan Mazlin mengetuk kepala anaknya dengan sudu.

"Ibu, tak baik pukul anak sendiri tengah makan terutama sekali anak yang kacak macam Syakir ni." Dengan mulutnya yang penuh Syakir membebel pada ibunya.

"Tak guna kalau muka kacak tapi perangai tak senonoh, jangan haraplah perempuan nak dekat dengan kamu kalau macam ni" Puan Mazlin terus memukul kepala Syakir dengan sudu.

"Ibu, ini Syakirlah sekali petik jari semua perempuan datang."Syakir dengan bangganya menyelak rambutnya ke atas .

"Tengok tu, berlagaknya anak ibu ni. Cubalah petik ibu nak tengok ni."Puan Mazlin mengangkat keningnya lalu mencabar Syakir.

"Ibu, watch this carefully okay."Syakir memetik jarinya sambil mengangkat tangannya keatas.

"Assalamualaikum makcik."Adha muncul dengan teiba-tiba lalu menolak tangan Syakir ke bawah.

"Wahai cik Raudhahtul Jannah Binti Taqiuddin, siapa yang benarkan kau masuk ke dalam rumah aku ni?" Syakir memandang ke arah Adha dengan pandangan tidak puas hati.

"Ibu yang ajak dia datang tadi sebab papa dengan mama Adha pergi Jepun atas urusan kerja." Puan Mazlin menyumbat sepotong roti ke dalam mulutnya.

"Jadi, apa kena mengena dengan kita?" Syakir menggaru kepalanya sambil melihat Adha dengan pandangan yang bengis.

"Makcik apa kata kalau malam ni saya bermalam di sini sebab saya rasa sunyilah duduk dekat rumah tu."Adha memandang ke arah Puan Mazlin dengan muka yang comel.

Puan Mazlin mengangguk kepala kerana baginya Adha sudah seperti anak perempuannya sendiri. Adha dan Syakir membesar bersama-sama dari kecil lagi. Mereka berdua kerap bertengkar tetapi mereka mempunyai minat yang sama iaitu minat pada Anime.

"Ibu, kalau dia tidur sini nanti malulah Syakir."Syakir memandang ke arah ibunya dengan muka minta belas kasihan.

"Biarkanlah Adha tidur di rumah kita ni, lagipun nanti bolehlah berbual dengan Adha bila mak sunyi nanti."Puan Mazlin mengangkat kening ke arah Adha sambil meneguk segelas air kopi.

"Ala, ibu berbual dengan Syakir sajalah."Syakir hanya mampu merengek pada ibunya namun Puan Mazlin tetap dengan jawapannya sendiri.

"Kamu berbual dengan ibu? Mahu ke kamu tu?" Puan Mazlin menjeling ke arah Syakir.

Syakir terdiam dan memandang ke arah Adha dengan  perasaan yang bengis tetapi Adha tidak memperdulikannya langsung.

- End of Action 1 -


Scene 2
"Syakir pergi dulu" Syakir membuka pintu kereta lalu keluar dengan muka yang bengis.

"Ketepilah, orang nak lalu ni" Adha menolak Syakir hingga Syakir terpijak lopak air di hadapan sekolahnya.

"Woi, habis basah seluar aku kau buat. Kau sengaja nak cari nahaskan?" Syakir mengenggam tangannya dengan erat menunjukkan tanda kemarahannya pada Adha tetapi Adha terus bergerak masuk ke dalam kawasan sekolah dengan muka tidak bersalah.

"Woi, amoi jepun. Kau tak dengar ke aku bercakap dengan kau ni?" Syakir menarik beg Adha.

"Wei, mamat poyo. Kau ingat beg aku ni murah ke yang kau nak main tarik-tarik ni?" Adha menarik tali leher Syakir.

"Ma.. ma.. maafkan aku, aku janji tak buat lagi." Tiba-tiba Syakir terpaku melihat Adha yang sedang marah.

"Bagus, jangan cari pasal dengan aku lagi faham tak?" Adha melepaskan genggamannya.

"Fa..faham."Syakir terkedu dengan percakapan Adha yang seakan-akan gengster. Adha hanya tersenyum lalu menyuruh Syakir membawa begnya masuk ke kelas.

"Kenapa aku tiba-tiba jadi takut dengan amoi ni, kenapa ini semua berlaku?"Syakir terus merungut dalam perjalanannya masuk ke dalam kelas. Rakan sekelas mereka terkejut melihat Syakir yang sedang mengangkat beg Adha.

"Akir, kenapa tiba-tiba pula kau jadi baik hari ni?" Syauqie memgang bahu Syakir.

"Jangan ditanya kenapa."Syakir hanya mampu merenung tajam ke arah Adha yang duduk di hadapannya. Syakir berdiri dari tempat duduknya lalu menuju ke arah tempat duduk Adha.

"Amoi, kau pukau aku ke tadi? Kenapa aku tiba-tiba boleh angkat beg kau?" Syakir menepuk meja Adha.

"Ahmad Aiman Syakir Bin Syariffudin , tolong jangan mulakan lagi."Adha merenung tepat kemata Syakir.

"A..A... Adha jangan marah-marah oke, nanti cepat tua."Syakir terus terkedu.

"Tua? Kau cakap muka aku tua?"Adha terus merenung mata Syakir.

"Eh, tak .. taklah.. Syakir cakap muka Amoi tak lawa kalau marah-marah macam ni."Syakir mula menggigil.

"Tak lawa? Kau cakap aku tak lawa Syakir." Adha mula berdiri dari tempat duduknya.

"Eh, Amoi memang lawa sangat. Lagi lawa dari Emma Maembong." Syakir mengelap peluhnya.

"Aku dah lama tahu yang aku lawa jadi tolong gerak dari sini." Adha memalingkan kepalanya ke arah tempat duduk Syakir.

"Kenapa aku boleh jadi takut dengan Amoi kepoh ni ?"Syakir berlalu pergi dari situ.

"Apa dia Syakir?"Adha mula menghentak kerusinya.

"Tak ada apa-apa, tadi Syakir cuma menyanyi saja." Syakir mula mengigil ketakutan


- To Be Continued -
Aduhai Cinta Ep. 2
Scene 1

"Baiklah semua, kelas kita sampai di sini sahaja kamu semua boleh pergi rehat dulu."Cikgu Hanny mengambil buku diatas mejanya lalu semua murid pun bangun dan mengucapkan terima kasih.

"Aku akan balas balik perbuatan Amoi tu tadi."Syakir bercakap seorang diri sambil mengenggam tangannya.

"Apa yang kau bebelkan tu Akir?"Syauqie menepuk belakang badan Syakir.

"Hish, jangan masuk campur urusan aku. Aku nak selesaikan perkara yang belum selesai ni." Syakir menepis tangan Syauqie lalu bergerak keluar dari kelasnya. Kemudian , Zatie yang kebetulan ada di situ mendekati Syauqie.

"Hye Aqie, kenapa dengan Syakir tu? Dari pagi tadi ada saja benda yang dia tak puas hati dengan Adha tu." Zatie menepuk bahu Syauqie dengan perlahan.

"Hye Zatie, saya pun tak tahu kenapa dengan Akir tu. Dia tu macam pelik sikit hari ni." Syauqie menggaru kepalanya.

"Itulah, nampak macam pelik saja. Selalunya dia tu suka sangat kacau orang lain yang ada dekat sekolah ni tapi hari ni dia cuma nak kenakan Adha seorang saja." Zatie merenung ke mata Syauqie. Tiba-tiba Syauqie berpeluh kerana dia merasa terlalu malu.

"Be..be..betul tu.Ta..ta.. tapi  a.. a.. awak janganlah pandang saya ma.. macam tu."Syauqie mengesat peluhnya.

" Kenapa awak cakap macam tu? Saya memang suka pandang awak sebab awak ni tampan sangat."Zatie mengeyitkan matanya.

"Tam..tampan? Mana ada tam..tampan.. hahaha."Syauqie mula merasakan yang jantungnya berdegup semakin kencang.

"Awak okay ke? Kenapa awak nampak lain macam saja ni?"Zatie  merapatkan mukanya dengan Syauqie.

"Sa..saya pergi dekat Akir dulu yer. Tata." Syauqie bergegas berlari ke arah luar kelas untuk mencari Syakir.

"Ta..tata."Zatie hanya mampu tersenyum.

Scene 2

"Wei Amoi."Syakir menjerit memanggil nama Adha namun Adha tetap tidak memperdulikannya.

"Wei, tak dengar ke aku panggil kau?"Syakir memegang pergelangan tangan Adha.

"Kau ni kenapa? Dari tadi asyik tak puas hati dengan aku?"Adha menggigit tangan Syakir untuk melepaskan diri. Syakir menjerit kesakitan kerana tangannya hampir berdarah digigit Adha.

"Woi, sakit tangan aku tahu tak?"Syakir meniup tangannya yang kesakitan.

"Kau ingat tangan kau saja yang sakit? Habis tu hati aku ni kau ingat tak sakit ke?" Adha merenung sekali lagi ke mata Syakir.

"Nampaknya dia merenung aku sekali lagi, aku takkan kalah kepada dia kali ni."Syakir membebel di dalam hatinya lalu memegang kedua-dua bahu Adha.

"Woi, apa main pegang-pegang ni?"Adha memegang erat tangan Syakir lalu menendang ke arah bahagian sulit Syakir. Syakir hanya mampu menjerit kerana kesakitannya itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Itulah, lain kali jangan cari pasal dengan Adha okay. Balik nanti jangan lupa sapu minyak hahahaha.."Adha beredar dari situ dengan perasaan yang gembira. Syauqie yang sibuk mencari Syakir kemudiannya bergegas berlari ke arah Syakir yang sedang senak akibat diterajang oleh Adha.

"Wei, Akir kau okay ke tak ni?"Syauqie memapah rakannya itu.

"Sa..sakitnya. Tak sangka aku yang sakitnya memang tak terkata kalau di pukul dekat kawasan ni."Syakir memegang kawasan sulitnya kerana masih berasa sakit.

"Wei, sakit sangat ke? Ada macam kena pijak gajah tak?"Syauqie cuba untuk melihat kawasan yang ditendang.

"Kalau kau nak tahu macam mana sakitnya cuba kau ambil kayu kemudian kau pukul sendiri kau punya."Syakir membaling kasutnya kepada Syauqie.

"Wow, aku dah boleh bayangkan sakit kau tu."Syauqie menepuk perlahan bahu rakannya itu sebagai tanda simpati.

"Argh, sakit hati aku bercakap dengan manusia macam kau ni."Syakir berdiri lalu berjalan sendirian sambil mengepit kedua belah kakinya.

"Akir, kau punya kasut ni macam mana?"Syauqie mengekori Syakir menuju ke kelas mereka.




- To Be Continued -