Naughty Boy with Simple Life
Naughty Boy with Simple Life

Assalamualaikum Selamat Datang ke Dunia Cyber Saya












blogskinby:SchaaAlHassan
editby: Muzaffar Marrudzuki
Aduhai Cinta Ep. 1
Chapter 1

Scene 1
"Syakir... Syakir.... Syakir.." Puan Mazlin menjerit-jerit memanggil nama anak lelakinya Syakir tetapi Syakir lansung tidak bergerak walau seinci dari katilnya itu.

"Ya Allah, bangunlah anak bertuah, kamu tu sekolah hari ni. Itulah, ibu dah cakap jangan tengok cerita mengarut kamu tu sampai lewat malam tapi kamu ni lagi ditegur selagi itulah kamu buat" Puan Mazlin membebel dan menepuk badan Syakir .

"Ibu, Syakir nak minta MC 1 hari boleh tak?" Syakir menggaru punggungnya lalu menyelimutkan dirinya semula.

"Ahmad Aiman Syakir Bin Syariffudin, kalau kamu tak bangun ibu akan pecahkan mug yang kamu dapat masa karnival hari tu." Puan Mazlin terus mencapai mug Naruto kesayangan Syakir lalu mengacah untuk membalingnya ke lantai.

"Ibu, semua benda boleh settle. Kenapa ibu menyiksa Syakir macam ni ibu?" Syakir cuba menenangkan ibunya itu.

"Tahu kamu takut, sekarang dalam masa 10 minit ibu nak kamu siap sedia untuk pergi sekolah." Dengan senyuman yang lebar Puan Mazlin keluar dari bilik Syakir sambil memegang mug kesayangan Syakir .

"Bencana sungguh" Syakir menggelengkan kepalanya lalu merebahkan badannya semula.

"Syakir, 9 minit atau pecah." Puan Mazlin menjerit mengugut Syakir.

Syakir dengan pantasnya terus mencapai tuala Fullmetal Alchemist kesayangannya lalu bergegas masuk kedalam bilik air. Sesudah dia membasahkan rambutnya dia terus mencapai lalu memakai baju dan vestnya itu. Dia menggayakan rambutnya seperti Usui Takumi dalam cerita Kaichou wa Maid Sama.Selepas siap bergaya Syakir terus turun ke ruang tamu untuk bersarapan.

"Kacaknya anak ibu hari ni." Puan Mazlin membetulkan kolar baju anaknya itu.

"Ibu baru tahu ke yang Syakir ni kacak? Kesiannya ibu hahaha...." Syakir menggelengkan kepalanya lalu menyumbat sepotong roti ke dalam mulutnya.

" Hurm, kamu jangan kemana-mana lepas balik sekolah." Puan Mazlin merenung ke arah Syakir.

"Iye, lagipun hari ni hari ulangtahun kematian arwah ayah."Syakir terus menyumbat roti ke dalam mulutnya itu tanpa henti sambil diperhatikan Puan Mazlin.

"Kamu tu janganlah gelojoh sangat, ibu belum makan lagi ni" Puan Mazlin mengetuk kepala anaknya dengan sudu.

"Ibu, tak baik pukul anak sendiri tengah makan terutama sekali anak yang kacak macam Syakir ni." Dengan mulutnya yang penuh Syakir membebel pada ibunya.

"Tak guna kalau muka kacak tapi perangai tak senonoh, jangan haraplah perempuan nak dekat dengan kamu kalau macam ni" Puan Mazlin terus memukul kepala Syakir dengan sudu.

"Ibu, ini Syakirlah sekali petik jari semua perempuan datang."Syakir dengan bangganya menyelak rambutnya ke atas .

"Tengok tu, berlagaknya anak ibu ni. Cubalah petik ibu nak tengok ni."Puan Mazlin mengangkat keningnya lalu mencabar Syakir.

"Ibu, watch this carefully okay."Syakir memetik jarinya sambil mengangkat tangannya keatas.

"Assalamualaikum makcik."Adha muncul dengan teiba-tiba lalu menolak tangan Syakir ke bawah.

"Wahai cik Raudhahtul Jannah Binti Taqiuddin, siapa yang benarkan kau masuk ke dalam rumah aku ni?" Syakir memandang ke arah Adha dengan pandangan tidak puas hati.

"Ibu yang ajak dia datang tadi sebab papa dengan mama Adha pergi Jepun atas urusan kerja." Puan Mazlin menyumbat sepotong roti ke dalam mulutnya.

"Jadi, apa kena mengena dengan kita?" Syakir menggaru kepalanya sambil melihat Adha dengan pandangan yang bengis.

"Makcik apa kata kalau malam ni saya bermalam di sini sebab saya rasa sunyilah duduk dekat rumah tu."Adha memandang ke arah Puan Mazlin dengan muka yang comel.

Puan Mazlin mengangguk kepala kerana baginya Adha sudah seperti anak perempuannya sendiri. Adha dan Syakir membesar bersama-sama dari kecil lagi. Mereka berdua kerap bertengkar tetapi mereka mempunyai minat yang sama iaitu minat pada Anime.

"Ibu, kalau dia tidur sini nanti malulah Syakir."Syakir memandang ke arah ibunya dengan muka minta belas kasihan.

"Biarkanlah Adha tidur di rumah kita ni, lagipun nanti bolehlah berbual dengan Adha bila mak sunyi nanti."Puan Mazlin mengangkat kening ke arah Adha sambil meneguk segelas air kopi.

"Ala, ibu berbual dengan Syakir sajalah."Syakir hanya mampu merengek pada ibunya namun Puan Mazlin tetap dengan jawapannya sendiri.

"Kamu berbual dengan ibu? Mahu ke kamu tu?" Puan Mazlin menjeling ke arah Syakir.

Syakir terdiam dan memandang ke arah Adha dengan  perasaan yang bengis tetapi Adha tidak memperdulikannya langsung.

- End of Action 1 -


Scene 2
"Syakir pergi dulu" Syakir membuka pintu kereta lalu keluar dengan muka yang bengis.

"Ketepilah, orang nak lalu ni" Adha menolak Syakir hingga Syakir terpijak lopak air di hadapan sekolahnya.

"Woi, habis basah seluar aku kau buat. Kau sengaja nak cari nahaskan?" Syakir mengenggam tangannya dengan erat menunjukkan tanda kemarahannya pada Adha tetapi Adha terus bergerak masuk ke dalam kawasan sekolah dengan muka tidak bersalah.

"Woi, amoi jepun. Kau tak dengar ke aku bercakap dengan kau ni?" Syakir menarik beg Adha.

"Wei, mamat poyo. Kau ingat beg aku ni murah ke yang kau nak main tarik-tarik ni?" Adha menarik tali leher Syakir.

"Ma.. ma.. maafkan aku, aku janji tak buat lagi." Tiba-tiba Syakir terpaku melihat Adha yang sedang marah.

"Bagus, jangan cari pasal dengan aku lagi faham tak?" Adha melepaskan genggamannya.

"Fa..faham."Syakir terkedu dengan percakapan Adha yang seakan-akan gengster. Adha hanya tersenyum lalu menyuruh Syakir membawa begnya masuk ke kelas.

"Kenapa aku tiba-tiba jadi takut dengan amoi ni, kenapa ini semua berlaku?"Syakir terus merungut dalam perjalanannya masuk ke dalam kelas. Rakan sekelas mereka terkejut melihat Syakir yang sedang mengangkat beg Adha.

"Akir, kenapa tiba-tiba pula kau jadi baik hari ni?" Syauqie memgang bahu Syakir.

"Jangan ditanya kenapa."Syakir hanya mampu merenung tajam ke arah Adha yang duduk di hadapannya. Syakir berdiri dari tempat duduknya lalu menuju ke arah tempat duduk Adha.

"Amoi, kau pukau aku ke tadi? Kenapa aku tiba-tiba boleh angkat beg kau?" Syakir menepuk meja Adha.

"Ahmad Aiman Syakir Bin Syariffudin , tolong jangan mulakan lagi."Adha merenung tepat kemata Syakir.

"A..A... Adha jangan marah-marah oke, nanti cepat tua."Syakir terus terkedu.

"Tua? Kau cakap muka aku tua?"Adha terus merenung mata Syakir.

"Eh, tak .. taklah.. Syakir cakap muka Amoi tak lawa kalau marah-marah macam ni."Syakir mula menggigil.

"Tak lawa? Kau cakap aku tak lawa Syakir." Adha mula berdiri dari tempat duduknya.

"Eh, Amoi memang lawa sangat. Lagi lawa dari Emma Maembong." Syakir mengelap peluhnya.

"Aku dah lama tahu yang aku lawa jadi tolong gerak dari sini." Adha memalingkan kepalanya ke arah tempat duduk Syakir.

"Kenapa aku boleh jadi takut dengan Amoi kepoh ni ?"Syakir berlalu pergi dari situ.

"Apa dia Syakir?"Adha mula menghentak kerusinya.

"Tak ada apa-apa, tadi Syakir cuma menyanyi saja." Syakir mula mengigil ketakutan


- To Be Continued -

|