Naughty Boy with Simple Life
Naughty Boy with Simple Life

Assalamualaikum Selamat Datang ke Dunia Cyber Saya












blogskinby:SchaaAlHassan
editby: Muzaffar Marrudzuki
Aduhai Cinta Ep. 2
Scene 1

"Baiklah semua, kelas kita sampai di sini sahaja kamu semua boleh pergi rehat dulu."Cikgu Hanny mengambil buku diatas mejanya lalu semua murid pun bangun dan mengucapkan terima kasih.

"Aku akan balas balik perbuatan Amoi tu tadi."Syakir bercakap seorang diri sambil mengenggam tangannya.

"Apa yang kau bebelkan tu Akir?"Syauqie menepuk belakang badan Syakir.

"Hish, jangan masuk campur urusan aku. Aku nak selesaikan perkara yang belum selesai ni." Syakir menepis tangan Syauqie lalu bergerak keluar dari kelasnya. Kemudian , Zatie yang kebetulan ada di situ mendekati Syauqie.

"Hye Aqie, kenapa dengan Syakir tu? Dari pagi tadi ada saja benda yang dia tak puas hati dengan Adha tu." Zatie menepuk bahu Syauqie dengan perlahan.

"Hye Zatie, saya pun tak tahu kenapa dengan Akir tu. Dia tu macam pelik sikit hari ni." Syauqie menggaru kepalanya.

"Itulah, nampak macam pelik saja. Selalunya dia tu suka sangat kacau orang lain yang ada dekat sekolah ni tapi hari ni dia cuma nak kenakan Adha seorang saja." Zatie merenung ke mata Syauqie. Tiba-tiba Syauqie berpeluh kerana dia merasa terlalu malu.

"Be..be..betul tu.Ta..ta.. tapi  a.. a.. awak janganlah pandang saya ma.. macam tu."Syauqie mengesat peluhnya.

" Kenapa awak cakap macam tu? Saya memang suka pandang awak sebab awak ni tampan sangat."Zatie mengeyitkan matanya.

"Tam..tampan? Mana ada tam..tampan.. hahaha."Syauqie mula merasakan yang jantungnya berdegup semakin kencang.

"Awak okay ke? Kenapa awak nampak lain macam saja ni?"Zatie  merapatkan mukanya dengan Syauqie.

"Sa..saya pergi dekat Akir dulu yer. Tata." Syauqie bergegas berlari ke arah luar kelas untuk mencari Syakir.

"Ta..tata."Zatie hanya mampu tersenyum.

Scene 2

"Wei Amoi."Syakir menjerit memanggil nama Adha namun Adha tetap tidak memperdulikannya.

"Wei, tak dengar ke aku panggil kau?"Syakir memegang pergelangan tangan Adha.

"Kau ni kenapa? Dari tadi asyik tak puas hati dengan aku?"Adha menggigit tangan Syakir untuk melepaskan diri. Syakir menjerit kesakitan kerana tangannya hampir berdarah digigit Adha.

"Woi, sakit tangan aku tahu tak?"Syakir meniup tangannya yang kesakitan.

"Kau ingat tangan kau saja yang sakit? Habis tu hati aku ni kau ingat tak sakit ke?" Adha merenung sekali lagi ke mata Syakir.

"Nampaknya dia merenung aku sekali lagi, aku takkan kalah kepada dia kali ni."Syakir membebel di dalam hatinya lalu memegang kedua-dua bahu Adha.

"Woi, apa main pegang-pegang ni?"Adha memegang erat tangan Syakir lalu menendang ke arah bahagian sulit Syakir. Syakir hanya mampu menjerit kerana kesakitannya itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Itulah, lain kali jangan cari pasal dengan Adha okay. Balik nanti jangan lupa sapu minyak hahahaha.."Adha beredar dari situ dengan perasaan yang gembira. Syauqie yang sibuk mencari Syakir kemudiannya bergegas berlari ke arah Syakir yang sedang senak akibat diterajang oleh Adha.

"Wei, Akir kau okay ke tak ni?"Syauqie memapah rakannya itu.

"Sa..sakitnya. Tak sangka aku yang sakitnya memang tak terkata kalau di pukul dekat kawasan ni."Syakir memegang kawasan sulitnya kerana masih berasa sakit.

"Wei, sakit sangat ke? Ada macam kena pijak gajah tak?"Syauqie cuba untuk melihat kawasan yang ditendang.

"Kalau kau nak tahu macam mana sakitnya cuba kau ambil kayu kemudian kau pukul sendiri kau punya."Syakir membaling kasutnya kepada Syauqie.

"Wow, aku dah boleh bayangkan sakit kau tu."Syauqie menepuk perlahan bahu rakannya itu sebagai tanda simpati.

"Argh, sakit hati aku bercakap dengan manusia macam kau ni."Syakir berdiri lalu berjalan sendirian sambil mengepit kedua belah kakinya.

"Akir, kau punya kasut ni macam mana?"Syauqie mengekori Syakir menuju ke kelas mereka.




- To Be Continued -

|